Tembok Atlantik Pendaratan Normandy

Rencana–rencana utama: Tembok Atlantik dan Selat Inggeris
Peta Tembok Atlantik, ditunjuk dalam warna kuning
  •      Negara Paksi dan jajahan takluk
  •      Negara Bersekutu dan jajahan takluk
  •      Negara berkecuali
  • Dikejutkan dengan serangan di St Nazaire dan Dieppe pada tahun 1942, Hitler telah memerintahkan pembinaan kubu di sepanjang pantai Atlantik, dari Sepanyol hingga Norway, untuk melindungi pencerobohan pihak Bersekutu yang dijangkakan. Beliau mengharapkan 15,000 buah tapak kubu yang dikendalikan oleh 300,000 orang askar, tetapi kekurangan, terutamanya bahan konkrit dan tenaga manusia, menyebabkan kebanyakan kubu utama tidak pernah dibina.[43] Kerana menjangkakan ia lokasi pencerobohan, Pas de Calais telah diperkukuh dengan banyaknya.[43] Di kawasan Normandy, perkubuan terbaik ditumpukan pada fasiliti pelabuhan di Cherbourg dan Saint-Malo.[28] Rommel ditugaskan menyelia pembinaan benteng tambahan di sepanjang barisan pencerobohan yang dijangkakan dari Belanda hingga Cherbourg,[43][44] dan diberi kuasa memerintah Kumpulan Tentera Darat B yang baru ditubuhkan semula yang mengandungi Tentera Darat Ke-7, Tentera Darat Ke-15, dan pasukan-pasukan yang mengawal negara Belanda. Simpanan bagi ketumbukan ini termasuklah Divisyen Ke-2, Ke-21, dan Ke-116 Panzer.[45][46]

    Rommel percaya bahawa pantai Normandy kemungkinan menjadi lokasi pendaratan tentera Bersekutu, maka beliau mengarahkan pembinaan kerja-kerja pertahanan yang luas di sepanjang pantai itu. Sebagai tambahan kepada tapak konkrit meriam di lokasi strategik di sepanjang pantai, beliau mengarahkan pancang kayu, tripod besi, periuk api, dan halangan besar anti-kereta kebal diletakkan pada pantai bagi melambatkan kedatangan kapal pendaratan dan menghalang pergerakan kereta kebal.[47] Mengharapkan pihak Bersekutu mendarat ketika ombak besar supaya infantri dapat mendedahkan sedikit diri mereka di pantai, beliau mengarahkan banyak halangan-halangan ini diletakkan pada tikas air pasang.[48] Dipenuhi dengan dawai berduri, jerangkap samar, dan pembersihan semak-samun akan membahayakan kedatangan infantri.[47] Atas arahan Rommel, bilangan periuk api di sepanjang pantai ditambah sebanyak tiga kali ganda.[28] Penyerangan udara Bersekutu ke atas Jerman telah melumpuhkan Luftwaffe dan mewujudkan penguasaan udara terhadap barat Eropah, oleh itu Rommel tidak mengharapkan sokongan udara yang berkesan.[49] Luftwaffe hanya mampu mengerahkan 815 buah pesawat[50] di Normandy berbanding dengan 9,543 buah pesawat pihak Bersekutu.[51] Rommel mengarahkan pemasangan perangkap pancang kayu yang dikenali sebagai Rommelspargel (sparagus Rommel) di padang rumput dan tanah lapang bagi menghalang pendaratan di udara.[28]

    Rujukan

    WikiPedia: Pendaratan Normandy http://www.awm.gov.au/education/talks/australians-... http://www.cmp-cpm.forces.gc.ca/dhh-dhp/his/docs/V... http://www.journal.forces.gc.ca/vo5/no2/book-livre... http://www.american-divisions.com/doc.asp?document... http://www.bbc.com/news/magazine-27715250 http://edition.cnn.com/2014/06/05/opinion/opinion-... http://historicalregistry.com/?page_id=222 http://issuu.com/wargravescommission/docs/normandy... http://cphpost.dk/news/denmark-finally-recognised-... http://www.history.army.mil/html/reference/Normand...